:: INTRODUCTION ::

Assalamualaikum wbt....
Tugas yang diberikan oleh Cikgu NorHisham kepada kami ialah
LAGU RAKYAT TRADISIONAL PELBAGAI KAUM
yang dahulu terkenal sebagai hiburan dan pedoman.

:: SPM 2009 ::




Tuesday, September 29, 2009

TUGASAN PENDIDIKAN SIVIK (30/09/2009)

Untuk pembelajaran hari ini,Sir telah memberikan satu tugasan untuk mencari jawapan bagi tiga soalan yang deiberikan.

Antaranya :

1.Bagaimanakan pergolakan politik yang berlaku di luar negara dapat menjejaskan pembangunan negara kita?
-sumber makanan utama seperti beras yang diimport dari Thailand terjejas.
-Rakyat hidup tidak aman kerana turut merasakan kesan yang berlaku.


2.Apakah punca utama yang menyebabkan kenaikan harga minyak?
- Perubahan jumlah permintaan minyak tingkat dunia
- Keterbatasan suplai minyak
- Terjadinya bencana alam
- Perubahan di wilayah Timur Tengah
- Kebijakan politis negara
- Berkurangnya cadangan minyak dunia
- Rencana negara Barat mengembangkan energi alternatif
- Spekulasi harga oleh perusahaan minyak khususnya perusahaan minyak Amerika

3.Bagaimanakah masyarakat dapat membantu remaja yang terlibat dengan gaya hidup bebas kembali ke pangkal jalan?
-Memberikan ceramah dan nasihat
-Tidak memulaukan mereka
-Menempatkan mereka di pusat serenti
-Memberi sokongan supaya mereka berubah ke pangkal jalan

Tuesday, July 28, 2009

~ LAGU LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA ~

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA


LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

......................................................................................................................................................................

Hasrat negara kita yang hendak dicapai melalui Rukun Negara ialah :
- Mengukuhkan perpaduan
- Memelihara corak hidup demokratik
- Mencipta sebuah masyarakat yang adil
- Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
- Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

Prinsip terpenting Rukun Negara ialah :
- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan

Rakyat mesti menunjukkan taat setia kepada raja dan negara kerana :
- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara
- Raja Melayu merupakan ketua negeri
- Raja adalah simbol penyatuan rakyat
- Pelindung hak istimewa peribumi
- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara

Setiap rakyat dan orang asing mesti menghormati undang-undang negara kita kerana :
- Untuk menjaga kedaulatan negara
- Untuk menjamin kemakmuran negara
-Untuk menjaga imej negara di mata dunia

.......................................................................................................................................................................

Pada pendapat kami,jika negara kita tidak mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan, keruntuhan moral berlaku.Selain itu,imej negara kita sebagai negara Islam akan terjejas.Seterusnya,perpecahan bangsa akan berlaku jika setiap individu tidak bersopan.

Tuesday, July 21, 2009

Asal Usul
Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.
Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.
Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.
Peranan Dan Sumbangan
Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.
Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.
Keistimewaan
Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.
Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.
Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.
Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,


Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".


KEHIDUPAN PERIBADI


Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil
Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.


PENDIDIKAN


Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke
Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di
Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun
baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya,
Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke
England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah
Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan
Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star.
Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan
Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk
Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.


KELUARGA


Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di
Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.


KERJAYA POLITIK


Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat
nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke
London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan
31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura,
Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum
Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada
Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam
Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada
22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


KEGIATAN ISLAM


Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah

Tuesday, July 14, 2009

KENEK KENEK UDANG

'Kenek-Kenek Udang' ialah lagu rakyat Malaysia ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lirik korusnya ditulis dalam bahasa Melayu loghat Negeri Sembilan dan lagu ini selalu didendangkan ketika upacara majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia.

LIRIK:

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik Mek kenalah godam
Cik Awang kena tumbuk
Oa oa oa oa

Gegak gempita gendang dipalu
Kerna menyambut pengantin baru
Seri-seri cahaya hai naik ke muka
Tak ubahlah pinang dibelahlah dua

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik Mek kenalah godam
Cik Awang kena tumbuk
Oa oa oa oa

Pengantin bersanding sambil menjeling
Sudah menjeling tersenyum pula
Indah-indah bukan hai lagi kepalang
Hai serba dibuat hai kena belaka

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik Mek kenalah godam
Cik Awang kena tumbuk
Oa oa oa oa

Pengantin bersanding atas pelamin
Dikunjung orang berduyun-duyun
Dihibur-hibur dengan hai tari menari
Untuk merayakan hai raja sehari

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik Mek kenalah godam
Cik Awang kena tumbuk
Oa oa oa oa

Senilagu : P. Ramlee

Dipetik dari web : LIRIK LAGU P.RAMLEE

;;

Template by:
Free Blog Templates